Follower

Isnin, 19 September 2011

My Mr. Korea 1

“Aaauucchh…”
Daniella Batrisyia terteriak kecil apabila terlanggar dengan seseorang ketika melangkah keluar daripada balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur yang sesak dengan orang ramai menyebabkan dia terhenti di depan pintu.
“I so sorry” Lantas dia meminta maaf kepada lelaki yang baru sahaja berlanggar dengannya gara-gara kelam kabut hendak keluar sebentar tadi. Cermin mata hitamnya dibuka lalu sepasang mata yang seakan-akan warna batu zamrud kelihatan. Lelaki itu kelihatan terpegun memandangnya.
Sir..Sir…Sir!!” Panggilnya beberapa kali sambil melambai-lambaikan tangan ke wajah lelaki berkenaan apabila lelaki itu hanya berdiam diri merenung dirinya. Daniella Batrisyia tidak selesa dengan renungan tajam tersebut.
Matanya kelihatan terkebil-kebil. “Are you ok sir?” Soal Daniella Batrisyia.
I’m ok, it was my mistakes too and I’m suppose to say sorry” Sahut lelaki itu.
It’s ok. No worries. So, I have to go now if you don’t have any injured. Sorry once again.” Lantas Daniella Batrisyia meminta diri dan bergegas keluar tanpa sempat lelaki berkenaan berkata apa-apa lagi kepadanya.
Matanya mencari kelibatan orang yang berjanji akan menjemputnya di situ. Rambutnya yang panjang dan ikal terbang bebas ditiup angin lalu. Kepulangannya daripada oversea kali ini dinanti-nantikan oleh ahli keluarganya yang telah lama pulang ke Malaysia kerana dia juga akan terus menetap di tanah air ayahnya yang tercinta.
Sejak kematian ibu tercinta 15 tahun lalu, dia selalu berada ke negara asal ibunya untuk mengenangkan kembali saat-saat yang mereka bersama. Apabila berada di negara kelahiran ibunya itu dia merasakan dia sentiasa dekat di sisi ibu tercinta tambahan pula mummy Amanda iaitu kembar ibunya turut berada di sana. Kasih sayang mummy Amanda kepadanya sama seperti kasih sayang ibu terhadap anaknya. Mummy Amanda mempunyai keluarga sendiri di sana namun kasih sayang mummy Amanda terhadapnya sama seperti dia mengasihi anak-anaknya yang lain. Tiada bezanya. Dia yang selama ini menetap dan membesar di sana, kini dia kembali ke Malaysia atas permintaan ayah dan abang-abangnya yang telah lama tidak ditemuinya. Kerinduan terhadap keluarganya yang berada di Malaysia juga salah satu penyebab mengapa dia menolak tawaran berkerja di sana. Dia sanggup melepaskan apa sahaja kecuali keluarganya kerana mereka saja yang dia punyai dan keluarganya juga sanggup bertolak ansur apabila dia memilih untuk tinggal di luar negara.
“Adik!!!!”
Satu jeritan jelas kedengaran di celah-celah orang ramai yang menanti di balai ketibaan itu. Dia menoleh ke arah suara itu berada. Kelihatan abang cik bersama-sama dengan abang ngah melambai-lambai ke arahnya. Di sisi mereka, ayah dan abang long sedang tersenyum manis. Senyuman mula terukir di bibir Batrisyia lantas membalas lambaian mereka. Dengan langkah yang lebar dia menuju ke arah keluarganya yang tersayang. Orang pertama yang ditujunya adalah ayah tercinta. Tangan tua ayah dicium penuh syahdu dan ayah memberikan sebuah pelukan yang hangat sehangat kasih ayah selama ini terhadapnya dan ayahnya memberikan satu ciuman di dahi.
“Ayah sihat?” Soalnya kepada Dato Danish Izz.
“Alhamdulillah. Adik semakin slim dan ayu la ayah tengok sekarang ni” Usik Dato Danish sambil mengusap lembut kepala anak perempuan satu-satunya.
Batrisyia cuma tersenyum mendengar komen ayahnya. Dia kemudiannya mencium tangan along, angah dan aciknya. Satu persatu abang-abangnya itu di peluk dengan erat.
“Wah, adik acik ni. Sejak bila dah jadi perempuan sejati” Ucap Afham iaitu abang cik Batrisyia ketika dia berada di dalam pelukannya.
“Mulut acik memang takde insuran tau. Adik ni perempuan sejak azali lagi la” Rajuk Batrisyia sambil memukul lembut bahu abangnya. Mereka yang lain hanya ketawa.
Batrisyia sememangnya dari dulu merupakan seorang perempuan yang tomboy dan tidak suka memakai pakaian yang mempunyai ciri-ciri kewanitaan. Sejak kecil dia memiliki tiga orang abang dan dua orang cousin lelaki iaitu anak mummy Amanda menyebabkan dia kurang ciri-ciri kewanitaannya sehinggakan ayah dan mummy Amanda sendiri tidak tahu harus berbuat apa dengan sifatnya yang lasak seperti lelaki itu. Tetapi, Daniella Batrisyia yang berada di hadapan mereka sekarang cukup berbeza dengan Daniella Batriysia yang mereka dahulu. Dia yang hanya santai dengan memakai t-shirt dan jaket kulit berwarna coklat dipadankan dengan jeans serta kasut setinggi 3 inci menampakkan lagi kecantikan di mata yang memandangnya. Ketika Batrisyia muncul di pintu balai ketibaan buat pertama kali setelah lama berada di perantauan membuatkan keempat-empat pasang mata ayah dan abang-abangnya sebentar tadi terpegun. Batrisyia yang dulunya montel dan tomboy berubah seratus peratus.
“Dah la tu cik. Nsib baik perubahan adik ni ke arah positif. Kang budak ni jadi yang ketua gadis gengster kat sana, sakit kepala kita juga memikirkan jalan penyelesaiannya nanti. Tak terlawan kita rasanya” Gurau Adli abang kedua Batrisyia bagi menambahkan lagi sakit hatinya. Kedua-dua abangya itu dihadiahkan sebuah jelingan tajam menyebabkan tercetus ketawa besar di bibir kedua-duanya melihat telatah Batrisyia yang kelihatan begitu comel.
“Dah-dah… Jom balik rumah dulu. Pastu baru sambung cerita lagi. Angah, acik angkat beg-beg adik tu. Along nak pergi ambik kereta kejap.” Adam menegur adik-adiknya yang sempat bertelagah di tengah-tengah khalayak ramai..
 Mereka akhirnya berjalan menuju ke depan pintu utama lapangan terbang sambil menunggu Adam yang mengambil kereta. Batrisyia yang sedang memeluk mesra lengan Dato Danish menjelirkan lidah sambil menunjukkan ibu jarinya ke arah Adli dan Afham yang mengangkat hatra karun yang dibawa daripada Scotland. Adli hanya ketawa kecil sementara Afham menunjukkan penumbuknya kepada Batrisyia. Kelihatan dari jauh, kereta Mercedes milik Dato Danish Izz yang di pandu oleh Adam iaitu Abang long Batriysia menuju ke arah mereka. Beg-beg yang di angkat oleh Adli dan Afham diletakkan di bonet kereta. Nasib baik bonet kereta ayah mereka mampu menampung kesemua beg-beg milik Batrisyia. Kemudiannya, Dato Danish Izz mengambil tempat duduk di sisi Adam dan mereka yang lain duduk di bahagian belakang. Adam terus memecut meninggalkan kawasan lapangan terbang menuju ke Villa Teratak Indah milik mereka.

****************************************************************
Pada masa yang sama....
Di depan ruang ketibaan, sepasang suami isteri kelihatan bersama-sama dengan pemandu peribadi mereka sedang menunggu ketibaan anak yang disayangi pulang ke tanah air pada hari ini. Kedengaran pengumunan beberapa penerbangan daripada luar negara selamat tiba di Lapangan KLIA termasuk penerbangan daripada Amsterdam. Senyuman tidak lekang di bibir kedua pasangan suami isteri itu. Sepuluh minit kemudian, kelihatan para penumpang keluar daripada pintu utama balai ketibaan, suami isteri itu kelihatan melambai-lambai ke arah seorang jejaka tinggi lampai, bertubuh sasa dan berkulit kuning langsat yang sedang menolak troli yang penuh dengan beg pakaian. Dia membalas lambaian daripada kedua-dua insan tersayang yang sudah lama ditinggalkan untuk mengejar cita-cita.
Jejaka itu kelihatan tampan dengan hanya memakai t-shirt yang ketat menampakkan lagi badannya yang sedikit berotot dengan dipadankan dengan jaket kulit dan jean. Dia menyapa pasangan suami isteri tersebut.
“Assalamualaikum papa, mama” Tegurnya sambil mencium kedua tangan ibubapanya.
“Waalaikumsalam” Jawab kedua-duanya serentak.
Sebaik mencium tangan mamanya, dia terus dipeluk oleh insan yang telah melahirkannya ke dunia itu dengan erat.
“Ad dah nampak kuruslah sekarang sayang. Ad ada makan ker tak ni?” Tanya Datin Sri Hayfa.
“Mana ada kurus, Ad rasa dah makin gemuk dah ni. Berat Ad dah naik beberapa kilo.” Adwa ketawa kecil sambil memeluk erat bahu mamanya.
“Papa dan mama sihat?”
“Sihat alhamdulillah Ad. Semakin tampanlah anak papa ni. Macam papa juga. Tapi masih tak boleh tandingi ketampanan papa ni” Gurau Tan Sri Ajmal Akhtar kepada anaknya sambil ketawa.
“Perasaan sungguhlah abang ni. Dah tua-tua takde tampannya. Kedut pun banyak kelihatan dah tu cik abang oiii” Balas Datin Sri Hayfa Nuha kepada suaminya. Adwa cuma ketawa melihat telatah kedua ibubapanya yang mencuit hati kecilnya.
“Ha ha ha. Betullah tu Datin Hayfa sayang.  Jom balik. Ad tentu dah penat ni” Kata Tan Sri Ajmal mengajak isteri dan anaknya pulang ke rumah mereka.
Pemandu peribadi Tan Sri Ajmal yang dari awal tadi setia di sisi mereka mengangkat beg-beg anak kesayangan majikannya itu. Adwa serta kedua-dua ibubapanya terus menuju ke kereta yang sedang menunggu mereka sejak dari tadi lagi. Kelihatan kegembiraan terpancar di muka kedua suami isteri itu bila satu-satunya anak mereka akhirnya kembali kepangkuan mereka.
***************************************************************

“Huaaa... Rindunya kat rumah ni” Ucap Batrisyia yang terus landing di atas sofa di bahagian ruang tamu utama rumah mereka sambil mencium-cium bantal-bantal kecil yang diletakkan di sofa berkenaan. Dato Danish yang duduk di sofa yang bertentangan hanya ketawa kecil melihat telatah Batrisyia. Abang-abangnya yang sedang membawa masuk beg-begnya menggeleng kepala melihat perangainya yang tak senonoh itu.
“Dik, sebiji macam anjing yang tengah menghidu-hidu nak buang air” Tegur Afham selamba melihat telatah adiknya.
“Acik ni tau-tau je anjing suka menghidu-hidu dulu baru buang air. Pernah buat ker?” Soal Batrisyia sambil ketawa mengenakan abangnya semula. Adam dan Adli tumpang sekaki mentertawakan Afham.
“Ek eleh.. Ngok ngek betul budak ni. Tu la rancangan hiburan je yang adik suka tengok. Rancangan animal planet channel tak nak tengok” Ujar Afham
“Bukannya apa cik. Acik cakap tadi tu sebiji macam pernah buat jer. Tu yang adik tanya. hahaha” Gelaknya kepada Afham.
“Adik pernah makan beg tak? Kalau tak pernah acik bagi rasa sikit. Sedap tau. Nak tak?” Soal Afham geram sambil menunjukkan beg Batrisyia yang sedang diangkatnya.
“Ha ha ha..Ok..Ok..Adik tak gelak lagi, sorry la cik, gurauan semata-mata. Takde kena mengena dengan yang hidup atau yang telah tiada. Hi hi hi. Adik kan sayang acik. Jangan la marah ek. ” Pujuk Batrisyia.
“Tau takut…” Ejek Afham.
“Tak takut pun, saja jer bagi can dengan acik” Batrisyia hanya tersengih mendengar kata-kata Afham. Dato Danish, Adam dan Adli tidak masuk campur dengan perbalahan mulut antara Batrisyia dan Afham kerana arif dengan perangai keanak-anakan mereka berdua.
“Acik…Adik…Dah la tu. Baru jumpa dah nak gaduh.” Tegur Dato Danish Izz.
“Okey yah” Sahut mereka serentak sambil menabik hormat kepada Dato Danish Izz. Suasana menjadi riuh oleh gelak ketawa yang tercetus gara-gara tindakan spontan mereka berdua.
Daniella Batrisyia hanya ada seorang ayah iaitu Dato Danish Izz Ukhail yang merupakan seorang usahawan Berjaya. Pada mulanya, keluarga mereka hanya sebuah keluarga yang hidup secara sederhana. Waktu itu, ayah dan arwah ibu hanya ada Adam Darwish. Namun, berkat kesungguhan dan kegigihan ayah dan ibu di dalam perniagaan mereka menyebabkan kehidupan mereka sekeluarga semakin maju dan berjaya hinggalah ke hari ini. Adam Darwish yang berusia 28 tahun telah menjadi pengarah syarikat Berjaya Holding iaitu perniagaan turun temurun keluarga mereka. Manakala Adli Naim yang berusia 27 tahun lebih memilih untuk menceburi bidang kedoktoran dan mempunyai sebuah klinik hasil usahanya sendiri. Afham Rafiq, abang ketiga Batrisyia yang berusia 25 tahun baru sahaja menamatkan pengajian di dalam bidang pengurusan perniagaan mengikut jejak Dato Danish Izz dan Adam Darwish. Berbeza dengan Daniella Batrisyia yang lebih cenderung untuk menjadi seorang pereka fesyen yang berjaya dan bercita-cita untuk membuat pakaian atas namanya sendiri. Dia baru sahaja menamatkan pengajian. Kejayaan keempat-empat anak Dato Danish Izz sungguh membanggakan dirinya sebagai seorang ayah tunggal yang berjaya membesarkan anak-anaknya sendiri tanpa sang isteri di sisi.