Follower

Rabu, 24 Ogos 2011

Kalau cinta katakan cinta 2


Kami beriringan masuk ke dalam kantin sambil tangannya selamba badak bergayut di bahuku. Beberapa kali pun aku menolak tangannya daripada memeluk bahuku namun dia sengaja tidak ambil tahu. Aku pun malas nak panjang-panjangkan perbalahan. Tak pasal-pasal papa dan mama aku masuk campur. uuufff!!! Aku pun tidak tahu kenapa aku tidak boleh marah dengan dia ni lama-lama sangat. Mungkin sebab dia suka tunjukkan muka dia yang kiut tu kot. Hihihi.. kiut ker???? Soalku dalam hati.
“kau nak makan apa? Biar aku belanja hari ni”,
“wah….baik betul kau hari ni. Tak pernah lagi aku dapat merasa duit poket kau tu”, soalku hairan sambil memeluk buku ekonomi kertas dua.
“heyy sis...ni tanda aku minta maaf kat kau sebab peristiwa pagi tadi,” jawabnya sambil menyorong tubuhku ke kaunter kantin.
“kak bagi dua set nasi lemak dan dua milo ais ya,”pesanku kepada kakak kantin.
“ok, adik makan kat meja nombor berapa?”, soalnya.
“emmm… macam biasa la kak. Kat meja paling belakang”, jawab Hadi pantas lalu menarik tanganku ke meja khas buat aku dengan kawan-kawan lepak. Aku lihat Jason, Riyan, Clark, dan Haffie sudah siap menikmati makanan mereka.
Ketika kami mengambil tempat duduk di sudut paling belakang, aku sempat melihat meja-meja yang tersusun cantik di sudut kiri kantin dan beberapa meja telahpun di isi dengan pengawas-pengawas yang akan menjalankan tugas hari ini. Aku menghadiahkan senyuman yang paling manis buat junior-junior yang mengucapkan salam kepada kami ketika lalu di kawasan meja mereka. Kebanyakkan daripadanya adalah junior perempuan yang meminati mala’un sebelahku ni.
“yooo bro. apesal korang lambat hah!! Kami dah habis makan baru nampak batang hidung” Riyan menyoal sambil mencukil giginya yang masih ada sisa-sisa makanan melekat kat celah-celah gigi. Tak senonoh betul kawan aku ni. Nasib baik muka masih nampak macho kalau tak takkan pelajar perempuan tergila-gilakan dia ni. Gumamku di dalam hati.
“ Cikgu Salmiah bagi kuiz la kat kelas kami tadi. Ni pun kawan-kawan sekelas yang lain masih menjawab, kami dua dah kena keluar,” jawabku.
“Ini pesanan adik tadi, dua nasi lemak dan dua milo ais,” kata kakak kantin sambil meletakkan makanan yang kami pesan tadi ke atas meja dan berlalu.
“terima kasih kak,” ucap kami serentak. Makanan depan mata nampak menyelerakan. Kelihatan wap-wap panas yang datang daripada nasi lemak mak cik kantin. Tanpa membuang masa aku mula membaca doa makan sebelum memasukkan nasi ke dalam mulutku yang comel dan kecil ni.
Ehmm..sedapnyer…yum..yum..
Aku lihat ke arah Hadi. Laju ja dia ni makan. Lapar tahap gaban ker dia ni. Isk..isk..isk...kalau mak mertua nampak, confirm kena reject ni.
“guys, jangan lupa petang ni macam biasa ya”,Haffie mengingatkan kami.
“kali ni dengan sapa pula,” soal Clark.
“ada geng asrama nak lawan, lepas asar ok!!”
‘ok!”, sahut kami serentak.
“Ra, aku dengar kau kena pagi tadi. Betul ke?,” Soal Jason tiba-tiba. Dia ni betul-betul buat orang spoil mood betul la..bisikku dalam hati.
“pasal mamat seekor ni la, aku lambat pergi sekolah pagi tadi”, jawabku geram. Untuk meredakan panas di dalam hati, aku capai air milo aisku. Panas pula bila ingat kejadian awal pagi tadi. Aku menjeling ke arah Hadi yang tersenyum indah mengangkat-angkat kening merenung aku mengedut air.
“Apa??,” soalku geram. Apesal mamat ni tengok-tengok aku. Aku lantas melihat air yang sedang aku sedut. Pelik, aku belum minum pun walau setitik air ni tadi. Kenapa boleh tinggal sedikit. Huaaaa…kenapalah aku boleh silap ambik!!! mana aku nak letak mukaku yang comel ni. Aku cuma mampu berteriak di dalam hati.
“ala sekali sekala kongsi air apa salahnya Dy,” kata Riyan dengan nada mengusik. Yang lainnya tersengih-sengih sambil mengangkat-angkat kening mengusik. Mamat-mamat ni semua memang nak kena.
Hadi yang duduk bersebelahan dengan aku tiba-tiba merapat dan berbisik kepadaku. “orang kata, kalau kita kongsi straw ni secara tidak langsung boleh dikatakan kita....auchh”, jeritnya. Pantas jari jemariku mencubit lengannya.
Mukaku aku rasa panas. Aku melihat gelas asalku yang masih tidak terusik di atas meja berdekatan dengan pinggan nasi lemak ku.
“apa kes?,”soal mereka serentak.
“tanya dia la. Malas aku nak jawab,”
Jason, Clark, Riyan dan Haffie memandang Hadi dengan mimik muka penuh tanda tanya.
“takde apa-apa la”, jawab Hadi yang masih tersenyum manis ke arahku.
“apa-apa jer la korang berdua ni. Ra..Dy..korang belum jawab soalan aku tadi. Apa kes pagi tadi tu.” soal Jason semula. Sibuk je la mamat seekor ni. Ingat dah tutup kes dah tadi. iskk...selagi tak jawab selagi tu dia nak tanya.
“Gara-gara ter…..bangun lambat, aku jadi kelam kabut sampai….hihihi….terlupa nak angkut dia sekali ke sekolah,” cerita Hadi sambil mengaruk-garuk kepala. Ada kutu ker mamat ni. Muskhil aku.
1…2…3….!!
“wakakakaka….”, aku dah agak dah. Gelak ketawa yang kuat kedengaran di seluruh kawasan kantin menarik perhatian pelajar-pelajar lain untuk melihat ke arah kami. Jason, Riyan, Clark, dan Haffie ku lihat ketawa sambil memegang perut. Wahh!!! Hadi, kau pun joint sekaki nampak.
“puk…puk...puk...puk...puk...”, lima-lima kepala sekali aku ketuk dengan buku ekonomi setebal 2 inci. Suasana jadi senyap seketika. kan aman macam ni. bisikku tersenyum.
“Auuwwwhhhh….ARRA!!!!!,” serentak mereka berlima menjerit namaku. Aku yang sudah siap sedia berdiri automatik membuka langkah seribu.
“lari!!!!!!!!!!”, jeritku melarikan diri daripada di kejar oleh mereka berlima.

Tiada ulasan: