Follower

Isnin, 5 September 2011

Kalau cinta katakan cinta 4



Hari minggu yang sungguh membosankan. Aku melihat jam di dinding, baru jam lapan pagi. Huaaaa….bosannya. Aku segera bangun daripada pembaringan lalu menuju ke tingkat bawah. Aku lihat mama sedang mengadun tepung.
“Assalamualaikum ma, mama wat ape tu?” Aku mencium pipi mama lantas membuka peti sejuk mengambil sekotak air jus oren lalu meneguknya. Mama hanya senyum.
“Waalaikumsalam, mama nak buat tart nenas. Dah lama mama tak buat kan?” Jawab mama.
“Oh, mama ada buat lebih tak?”
“Aha, kenapa?” Soal mama hairan.
“Nak bagi umi Liah sikit. Hadi kan suka biskut ni”. Teringat pula kawan aku yang seekor tu suka benar biskut ni.
“Boleh tapi kalau Arra nak bagi umi Liah, cepat tolong mama. Nanti bolehlah Arra tolong hantar kat rumah mereka”.
Aku yang berdiri di sebelah lantas mencuci tangan dan mula membantu mama menyiapkan biskut tart nenas kegemaran Hadi. Pasti dia gembira bila dapat makan biskut ni nanti. Aku paling suka lihat senyuman manisnya bila kelihatan lesung pipit dan gigi tingkatnya apabila dia senyum atau ketawa. Hatiku sentiasa gembira bila dapat menyediakan makanan kesukaannya.
“Hah, yang Arra senyum-senyum ni kenapa? Ingat kat Hadi ek?”
“Iskk… Takde la ma. Mana ada Arra teringat kat dia. Tak mendatangkan faedah langsung” Aku segera menyangkal penyataan mama tu.
“So, yang anak mama senyum seorang-seorang ni kenapa?” Mama memandangku dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Kulit muka aku rasa panas semacam.
“Mana ada Arra senyum ma. Perasaan mama kot. Arra diam-diam jer. Ker mama ni yang teringat kat papa. Hi hi hi. Bila  papa nak balik ma” Soalku cuba mengubah topik.
“Pandai anak mama ni ubah cerita yer. Papa kata esok pagi flight dia dari Dubai. Petang baru sampai Malaysia” Terang mama. Papa aku memang selalu outstation. Kadang kala sebulan dua tiga kali juga la dia ke luar negara. Hanya aku dan mama saja yang tinggal kat rumah ni. Nasib baik keluarga Hadi ada kat sebelah rumah, jiran kami. So, takde la bosan sangat. Lagipun, Hadi ramai adik beradik bukan macam aku seorang saja. Hadi ada seorang abang, abang Wan dan adik kembarnya Meera dan Neera.
“Assalamualaikum” Satu suara yang biasa ku dengar memberikan salam sewaktu aku dan mama tengah membuat biskut.
“Waalaikumsalam” Jawabku serentak dengan mama. Aku segera menoleh ke arah pintu dapur, Hadi santai memakai seluar pendek paras lutut dan t-shirt M.U kegemarannya.
“Mama Hana tengah wat kuih apa ni?” Soalnya yang berdiri di sebelahku.
“Biskut tart nenas. Didi kan suka biskut ni” Soal mama.
“Wahh, ni yang wat Didi bertambah sayang dengan mama Hana ni” Jelas mukanya bersinar gembira mendengar kami tengah membuat biskut kegemarannya. Mama hanya ketawa mendengar kata-kata Hadi.
“Amboi, sayang mama sebab biskut ni jer ke?” Soalku. Dia memandangku dengan mengerut dahinya.
“La, aku kan dah cakap bertambah sayang bukannya baru nak sayang. Kau ni, jeles ker” Katanya sambil menekankan perkataan “bertambah”.
“Ek eleh, setakat muka kau ni takde makna nyer aku nak jeles-jeles tau” Aku mencebik dan menyambung kembali kerjaku membuat biskut tart.
“Auwwkkk… Sakit la bengong. Ingat pipi aku ni patung teddy bear ker kau nak tarik-tarik.” Marahku sambil cuba untuk menyapu pipiku yang aku tahu memang dah merah kerja budak seekor ni. Aku menjeling tajam ke arahnya. Tiba-tiba saja cubit pipi orang. Ingat sedap ker.
“Hahaha. Cantik sungguh muka kau Ra. Putih melepak kan ma?” Dia dan mama ketawa besar melihat ke arah wajahku. Iskkk.. Macamana la aku nak ingat tangan aku penuh dengan tepung kalau dah pipi aku sakit sangat. Tindakan spontan.
“Ahah Dy, mama tengok memang sebiji macam monyet kena letak bedak kat muka jer” Usik mamaku.
“Mama ni. Adakah muka comel dan cantik ni kena kata macam tu” Aku menunjukkan muka masam mencuka.
“Okey…okey... Sini aku tolong bersihkan”
 “Tak nak!!!”
“Ololo..Jangan la merajuk busyuk-busyuk abang. Meh sini meh” Ketawanya semakin kuat.
“Dia ni kan bergurau tak bertempat, sekeh kepala kau karang” Aku menayangkan penumbukku ke arah mukanya. Dia hanya ketawa melihat gelagatku. Aku cuba menutup senyumanku namun tak mampu. Lawak antarabangsa betul la budak ni.
“Sini” Hadi menarik lenganku supaya aku berhadapan dengannya. Dia menyapu kedua-dua pipiku yang penuh dengan tepung dan jem nenas. Aku yang tergamam dengan tindakan spontannya tidak sempat berbuat apa-apa. Aku menoleh ke arah mama, mama hanya senyum-senyum melihat gelagat kami berdua. Kenapalah mama aku ni sporting sangat. Pipiku di alih semula menghadap wajahnya.
“Kau ni kan memang tak pandai berhenti bergerak. Aku nak bersihkan muka kau pun susah. Suka sangat bergerak.” Marahnya geram dengan aku. Aku terkebil-kebil memandang wajahnya yang kusyuk membersihkan wajahku. Nasib baik kau handsome Hadi kalau tak dah lama makan penumbuk ku walaupun kecil.
“Cuba berhenti memandang wajah aku macam tu. Kalau kau buat macam tu lagi siap” Ugutnya dalam nada berbisik sambil memberikan senyum tersirat dan aku tidak faham langsung senyumannya itu. Aku memandang wajahnya hairan. Apa maksud mala’un ni. Iskk, muskil betul aku.
“Okey dah siap. Sambung balik kerja kau tu” Dia menolak lembut badanku menghadap meja dapur semula.
“Kau nak makan ker tak ni?” Soalku geram membuang rasa malu di hati.
“Nak la sayang” Jawabnya dengan nada manja sambil mengenyit mata kepadaku. Sesiapa yang melihat wajahnya waktu ni confirm cair. Nasib baik aku sudah masak dengan perangai gila-gila dia ni, kepala mala’un ni bukannnya boleh pakai sangat.
Aku mencebik. “Yalah tu. Tolonglah aku buat kalau kau nak makan cepat”
“Malaslah. Aku nak kau yang buat” Jawabnya selamba.
“Aku sumbat juga tepung ni kat mulut kau karang”
“Mama tak suru aku pun. Kau saja yang lebih-lebih” Dia menjelirkan lidah ke arah aku.
“Mama!!!! Tengok...” Adu ku sebab dah tak tahan kena goda je dari tadi. Boleh cair hatiku kalau hari-hari macamni.
“Dah..Dah..Korang berdua ni kalau berjumpa tak sah kalau tak gaduh. Nanti mama kahwinkan juga kamu berdua ni karang” Mama cuba menghentikan perbalahan kami.
“Didi on ja ma. Tapi, kena tanya anak mama seorang ni dia nak ke tak” Gurauan Hadi itu menambahkan lagi sakit hatiku.
“Isk, tak nak Arra dengan dia ni ma. Kepala otak dia ni bukannya boleh pakai pun” Ejekku kepadanya.
“Jangan nanti kau menangis sebab tak dapat bersama-sama dengan aku. Hah baru kau tahu”
“Tak kisah pun”
“Betul?”
“Betul!!”
“Adakah itu jawapan muktamad anda?”
“Yes, I sure one hundred percent about it”
“You don’t want to change ur answer?”
Aku memandangnya geram. Suka buat aku hilang sabar. Tiba-tiba aku dapat idea nak kenakan dia.
“Dy” panggilku lembut. Aku senyum manis ke arahnya.
“Kenapa? Dah tukar fikiran ker?” Dia senyum-senyum mengejek.
“Emm..nah!!” Tanganku pantas membaling tepung ke mukanya yang tersenyum-senyum kambing tu.
“Hahaha...muka kau macam zombie kampung pisang la Dy” Selamba aku sapu rata tepung yang melekat di mukanya. Senyumannya automatik hilang. Dia merenung aku tajam sambil mengetap gigi. Opsss… Ketawaku mati melihat mukanya yang tegang. Aku memandang ke arah mama, mama menahan ketawa melihat wajah Hadi yang penuh dengan tepung. Kakiku mula membuka langkah perlahan-lahan menjauhkan diri darinya.
“Arra!!! Kau memang nak kena” Jeritnya geram. Aku lihat dia mula mengenggam tepung yang berada di atas meja.
Ahhaww… Aku lantas membuka langkah seribu melarikan diri ke luar rumah. Dia mengejarku daripada belakang. Aktiviti kejar mengejar berlangsung di halaman rumahku. Setelah beberapa kali tawaf, aku termengah-mengah dengan larian tanpa warming up. Naik semput aku rasakan tanpa energy yang cukup. Dia yang masih lagi tidak puas hati terus menerus mengejarku.
“Dy, cop-cop. Kita rehat dulu 10 minit” Pintaku masih lagi melarikan diri.
“Ahhh..tidak boleh. Budak kecil ke sini kau” Entah mana silapnya aku tergelincir di rumput yang masih basah dek embun. Hadi yang tidak menyangka aku terjatuh tidak sempat berhenti dan terus menghempap badanku yang terbaring di atas rumput.
Masing-masing tergamam. Nafas masing-masing turun naik dengan cepat. Semput punya pasal. Aku dapat merasakan hembusan nafasnya yang kuat di batang hidungku. Aku dan dia berpandangan dengan jarak dekat beberapa saat. Ya Allah beratnya badan budak ni. Gajah ker badak ni. Berat otot ker apa. Nak kata dia ni gemuk jauh sekali. Tiba-tiba dia senyum ke arah aku. Aku memandangnya pelik. Apesal mamat seekor ni. Buang tebiat ker.
“Ra, muka kau comel la” Katanya sambil senyum. Apesal aku mula mengelabah ni. Oh god, Hadi jangan kau cuba goda aku dengan senyuman kau tu Dy. Doaku di dalam hati.
“Kee..naappp..aaa.. niii??” Bila masa aku gagap ni.
“Tapi lagi comel kalau ada ni” Dia menunjukkan tangannya yang sedang mengenggam tepung dan dengan pantas menyapu ke muka ku. Aku yang tidak siap sedia hanya sempat menutup mataku. Aku tidak mampu bergerak, gara-gara badan gajah ini masih berada di atas aku. DI ATAS AKU???? Goshhhh….Berderau darah aku rasa ketika ini.
“HADI!!!!!”
*********************************************************************

Tiada ulasan: