Follower

Jumaat, 26 Ogos 2011

Kalau cinta katakan cinta 3


Sehabis perjumpaan Kelab ICT, aku bergegas menuju ke gelanggang bola tampar dan mengambil tempat duduk di bahagian tepi gelanggang. Aku lihat Hadi, Jason, Clark, Haffie dan riyan sedang memanaskan badan sebelum memulakan perlawanan persahabatan dengan team asrama sekolah.
Sudah menjadi rutin harian aku untuk lepak sambil menyaksikan perlawanan mereka walaupun aku tidak joint sekaki beraksi di dalam gelanggang. Kadang kala kami bermain tidak kira jantina. Lelaki perempuan dibenarkan untuk berada di dalam satu kumpulan. Lagipun, ia cuma perlawanan biasa-biasa saja. Hanya untuk mengisi masa lapang dan keseronokan semata-mata.
“Ra!!!”, jerit Clark kepadaku sambil melambai-lambaikan tangan memberi isyarat supaya aku bergerak ke arah mereka.
Ini yang aku paling malas ni. Dengan langkah perlahan aku berjalan menuju ke arah mereka.
“Apa?”
“Jadi “middle hitter” k?” tanyanya.
Aku mula buat muka masam.
“malas la..bukannya aku dapat main pun” rungutku. Seriously, kalau aku joint dorang sekali, ibarat aku ni “jam antik” ja kat gelanggang tu. Just untuk cukupkan korum ja. Bukannya dapat main pun.
“ala..please Ra, kami tak cukup pemain ni. Boleh ya….” Rayu Jason yang berdiri di sebelahku menyusun sepuluh jari ke arahku sambil membuat mimik muka sepuluh sen.
“aku nak main dengan syarat”, jawabku sambil menyilang tangan.
“orait babe!!!...ni yang kami sayang kat kau ni” jerit mereka gembira.
“sepuluh syarat pun akan kami tunaikan” sahut Haffie bersemangat.
“emm..aku nak setiap bola yang datang ke arah aku takkan kena back up oleh budak seekor tu masa main nanti”, aku lantas menunjuk ke arah Hadi yang sedang membuat warming up untuk meregangkan otot-ototnya.
“Dy….” Jason dan Riyan merayu serentak.
“apa??” dia buat-buat tak tahu.
“pleaseee….”
“Aku tak nak janji” jawabnya selamba.
“So, aku tak jadi main la. Simple” aku buat mimik muka tidak kisah.
Hadi lantas memandang ke arahku. “oklah..oklah…nak juga dia yang menang”, akhirnya mengalah. Kepalaku di tekan lembut olehnya.
“ok, set”. Aku tersenyum riang
***********************************************************************

Aku mengambil tempat di bahagian tengah yang berperanan sebagai “middle hitter”. Jason yang berdiri di hadapanku mengambil posisi “setter”. Manakala, Hadi dan  Clark di bahagian kiri dan kananku berperanan sebagai “outsider hitter” dan “weakside hitter”.  Posisi belakang pula di jaga oleh Haffie dan Riyan.
Perlawanan bermula apabila whistle dibunyikan dan pihak lawan mula membuat hantaran pertama kepada kami. Bola di sambut oleh Clark dan dia menghantar terus ke bahagian setter.  Jason memberi isyarat bahawa dia akan membuat “bola satu” ke arah Hadi, Hadi yang memahami isyarat itu bersedia untuk membuat pukulan ke gelanggang lawan.
DOMMM!!
Bunyi hentakan bola kuat kedengaran akibat satu pukulan kencang yang diberikan oleh Hadi memberikan mata pertama. Tepukan dan sorakan gemuruh kedengaran di luar gelanggang. Dia mengenyitkan mata ke arahku membuatkan aku terketawa kecil. Tunjuk handal la tu.
Posisi kemudiannya berubah apabila kami membuat putaran untuk membuat pukulan balas. Aku dan dia seterusnya mengambil posisi belakang. Kedudukan sekarang 1-0 dan Hadi kemudian membuat pukulan balas kepada pihak lawan. Hantaran dimulakan apabila whistle dibunyikan. Bola di sambut oleh “libero” mereka yang kemudiannya menghantar kepada “setter”, tanpa disangka-sangkakan“setter” seterusnya memberikan “bola curi” ke arah kami. Haffie yang tidak bersedia menerima “bola curi” daripada mereka, gagal untuk menyambut bola tersebut dan ianya memberikan satu mata kepada pihak lawan. Perlawanan diteruskan.

30 minit kemudian……

Set pertama berpihak kepada kumpulan kami dengan kemenangan 25-20. Kedudukan set kedua sekarang 23-22, pihak lawan kemudiannya membuat hantaran. Aku bersiap sedia apabila bola sedang menuju ke arahku.
“Ra, lepas!!” teriak Hadi kepadaku. Aku faham dengan maksud perkataan “lepas” nya itu terus beranjak daripada posisiku sekarang ini untuk memberikannya laluan untuk menyambut bola tersebut. Selepas menyambut bola tersebut, dia segera kembali ke posisinya semula.
Aku dah kata dah. Dia ni kan memang tak boleh tengok aku ambil bola. Setiap kali aku main mesti macamni. Sebab itu aku cakap aku ni ibarat “jam antik” kat dalam gelanggang.
Angin bertiup tiba-tiba, aku merasakan ada “benda” masuk ke dalam mataku. Mungkin habuk…mungkin pasir atau serangga kecil. Pedihnya mataku tidak terperi, aku cuba untuk mengosok mataku sehingga air mataku tidak berhenti mengalir keluar dan menyukarkan aku untuk melihat. Aku cuba untuk mendapatkan pertolongan. Aku lantas menuju ke arah Haffie yang berada di hadapanku. Dia segera berpaling ke arahku apabila aku menepuk bahunya.
“kenapa Ra?”, dia memandangku hairan.
“Fie, tolong tiup.” Pintaku sambil mengosok mataku yang pedih. Dia lantas memberikan isyarat "rehat" kepada pengadil gelanggang untuk memberhentikan perlawanan untuk seketika.
“Bak sini nak tengok” katanya. Dia cuba membelek mataku.
“takde apa-apa pun” katanya sambil meniup sekali mataku.
“tiup lagi la. Masih pedih. Rasa macam ada “benda” dalam ni” Rayuku.
Belum sempat dia menjawab, kedengaran suara Hadi di sisiku.
“Ra???”, aku pantas berpaling ke arahnya.
“Dy, tolong tiup mata aku. Pedihhh…masuk pasir kot” aku lantas meminta bantuannya.
“sini”, arahnya sambil menarik lembut badanku supaya mendekati dirinya. Sebelah tangannya memegang daguku dan sebelah lagi memegang mataku yang sakit. Aku hanya menurut asalkan dapat menghilangkan kepedihan di mata.
Dengan keadaan kepalaku yang mendongak ke arahnya, aku dapat melihat wajahnya semakin mendekati wajahku. What u gonna do Dy?? Fikirku cemas. Arra relax ok. Dia cuma nak tolong. Kata hatiku memujuk.
 Kemudian, sebuah tiupan lembut diberikan ke dalam mataku membuatkan aku merasa sedikit lega. Namun, kepedihannya masih terasa.
“ada lagi tak”, soalnya sambil menyapu lembut air mataku yang mengalir di pipi.
“emm..masih sakit lagi,” jawabku jujur.
“jom cuci dengan air,” katanya sambil menarik tanganku. Aku bagai si buta kehilangan tongkat, menurut saja langkahnya menuju ke paip air berdekatan. Perlawanan terpaksa diberhentikan seketika. Nasib baik cuma perlawanan biasa-biasa saja.

Rabu, 24 Ogos 2011

Kalau cinta katakan cinta 2


Kami beriringan masuk ke dalam kantin sambil tangannya selamba badak bergayut di bahuku. Beberapa kali pun aku menolak tangannya daripada memeluk bahuku namun dia sengaja tidak ambil tahu. Aku pun malas nak panjang-panjangkan perbalahan. Tak pasal-pasal papa dan mama aku masuk campur. uuufff!!! Aku pun tidak tahu kenapa aku tidak boleh marah dengan dia ni lama-lama sangat. Mungkin sebab dia suka tunjukkan muka dia yang kiut tu kot. Hihihi.. kiut ker???? Soalku dalam hati.
“kau nak makan apa? Biar aku belanja hari ni”,
“wah….baik betul kau hari ni. Tak pernah lagi aku dapat merasa duit poket kau tu”, soalku hairan sambil memeluk buku ekonomi kertas dua.
“heyy sis...ni tanda aku minta maaf kat kau sebab peristiwa pagi tadi,” jawabnya sambil menyorong tubuhku ke kaunter kantin.
“kak bagi dua set nasi lemak dan dua milo ais ya,”pesanku kepada kakak kantin.
“ok, adik makan kat meja nombor berapa?”, soalnya.
“emmm… macam biasa la kak. Kat meja paling belakang”, jawab Hadi pantas lalu menarik tanganku ke meja khas buat aku dengan kawan-kawan lepak. Aku lihat Jason, Riyan, Clark, dan Haffie sudah siap menikmati makanan mereka.
Ketika kami mengambil tempat duduk di sudut paling belakang, aku sempat melihat meja-meja yang tersusun cantik di sudut kiri kantin dan beberapa meja telahpun di isi dengan pengawas-pengawas yang akan menjalankan tugas hari ini. Aku menghadiahkan senyuman yang paling manis buat junior-junior yang mengucapkan salam kepada kami ketika lalu di kawasan meja mereka. Kebanyakkan daripadanya adalah junior perempuan yang meminati mala’un sebelahku ni.
“yooo bro. apesal korang lambat hah!! Kami dah habis makan baru nampak batang hidung” Riyan menyoal sambil mencukil giginya yang masih ada sisa-sisa makanan melekat kat celah-celah gigi. Tak senonoh betul kawan aku ni. Nasib baik muka masih nampak macho kalau tak takkan pelajar perempuan tergila-gilakan dia ni. Gumamku di dalam hati.
“ Cikgu Salmiah bagi kuiz la kat kelas kami tadi. Ni pun kawan-kawan sekelas yang lain masih menjawab, kami dua dah kena keluar,” jawabku.
“Ini pesanan adik tadi, dua nasi lemak dan dua milo ais,” kata kakak kantin sambil meletakkan makanan yang kami pesan tadi ke atas meja dan berlalu.
“terima kasih kak,” ucap kami serentak. Makanan depan mata nampak menyelerakan. Kelihatan wap-wap panas yang datang daripada nasi lemak mak cik kantin. Tanpa membuang masa aku mula membaca doa makan sebelum memasukkan nasi ke dalam mulutku yang comel dan kecil ni.
Ehmm..sedapnyer…yum..yum..
Aku lihat ke arah Hadi. Laju ja dia ni makan. Lapar tahap gaban ker dia ni. Isk..isk..isk...kalau mak mertua nampak, confirm kena reject ni.
“guys, jangan lupa petang ni macam biasa ya”,Haffie mengingatkan kami.
“kali ni dengan sapa pula,” soal Clark.
“ada geng asrama nak lawan, lepas asar ok!!”
‘ok!”, sahut kami serentak.
“Ra, aku dengar kau kena pagi tadi. Betul ke?,” Soal Jason tiba-tiba. Dia ni betul-betul buat orang spoil mood betul la..bisikku dalam hati.
“pasal mamat seekor ni la, aku lambat pergi sekolah pagi tadi”, jawabku geram. Untuk meredakan panas di dalam hati, aku capai air milo aisku. Panas pula bila ingat kejadian awal pagi tadi. Aku menjeling ke arah Hadi yang tersenyum indah mengangkat-angkat kening merenung aku mengedut air.
“Apa??,” soalku geram. Apesal mamat ni tengok-tengok aku. Aku lantas melihat air yang sedang aku sedut. Pelik, aku belum minum pun walau setitik air ni tadi. Kenapa boleh tinggal sedikit. Huaaaa…kenapalah aku boleh silap ambik!!! mana aku nak letak mukaku yang comel ni. Aku cuma mampu berteriak di dalam hati.
“ala sekali sekala kongsi air apa salahnya Dy,” kata Riyan dengan nada mengusik. Yang lainnya tersengih-sengih sambil mengangkat-angkat kening mengusik. Mamat-mamat ni semua memang nak kena.
Hadi yang duduk bersebelahan dengan aku tiba-tiba merapat dan berbisik kepadaku. “orang kata, kalau kita kongsi straw ni secara tidak langsung boleh dikatakan kita....auchh”, jeritnya. Pantas jari jemariku mencubit lengannya.
Mukaku aku rasa panas. Aku melihat gelas asalku yang masih tidak terusik di atas meja berdekatan dengan pinggan nasi lemak ku.
“apa kes?,”soal mereka serentak.
“tanya dia la. Malas aku nak jawab,”
Jason, Clark, Riyan dan Haffie memandang Hadi dengan mimik muka penuh tanda tanya.
“takde apa-apa la”, jawab Hadi yang masih tersenyum manis ke arahku.
“apa-apa jer la korang berdua ni. Ra..Dy..korang belum jawab soalan aku tadi. Apa kes pagi tadi tu.” soal Jason semula. Sibuk je la mamat seekor ni. Ingat dah tutup kes dah tadi. iskk...selagi tak jawab selagi tu dia nak tanya.
“Gara-gara ter…..bangun lambat, aku jadi kelam kabut sampai….hihihi….terlupa nak angkut dia sekali ke sekolah,” cerita Hadi sambil mengaruk-garuk kepala. Ada kutu ker mamat ni. Muskhil aku.
1…2…3….!!
“wakakakaka….”, aku dah agak dah. Gelak ketawa yang kuat kedengaran di seluruh kawasan kantin menarik perhatian pelajar-pelajar lain untuk melihat ke arah kami. Jason, Riyan, Clark, dan Haffie ku lihat ketawa sambil memegang perut. Wahh!!! Hadi, kau pun joint sekaki nampak.
“puk…puk...puk...puk...puk...”, lima-lima kepala sekali aku ketuk dengan buku ekonomi setebal 2 inci. Suasana jadi senyap seketika. kan aman macam ni. bisikku tersenyum.
“Auuwwwhhhh….ARRA!!!!!,” serentak mereka berlima menjerit namaku. Aku yang sudah siap sedia berdiri automatik membuka langkah seribu.
“lari!!!!!!!!!!”, jeritku melarikan diri daripada di kejar oleh mereka berlima.

Selasa, 23 Ogos 2011

Selamat Datang

Assalamualaikum dan selamat datang saya ucapkan kepada para pembaca blog yang sudi membaca blog ini...kalau cinta katakan cinta adalah sebuah karya pertama saya yang baru. saya harap kepada semua yang membaca e-novel ini dapat memberikan komen-komen yang boleh memperbetulkan kekurangan dan kesilapan yang saya lakukan dalam menerbitkan karya-karya saya pada masa akan datang. Insyaallah...

i hope ur will like dan love my fairy story...chow cincau..^_^,,V

Kalau cinta katakan cinta 1

“KRINGGGG!!!!!!”
Seperti biasa, tepat jam 6.45 pagi lonceng sekolah akan berbunyi dan aku yang masih berada 100 meter sebelum tiba di depan pintu utama sekolah masih lagi berjalan lenggang kangkung. Dari kejauhan aku lihat Cikgu Jefri bersama-sama dengan bala tenteranya a.k.a badan disiplin sekolah terpacak di depan gate sekolah. Beberapa orang pelajar yang datang lewat seperti aku sekarang ini di tahan dan di suruh untuk berdiri tegak di bahagian kiri gate. Aku hanya dengan muka slumber berjalan lenggang kangkung dan berhenti di depan pintu pagar.
“Atikah Baharuddin bang” jawab ku tanpa perlu di soal jawab oleh pengawas sekolah yang sudah siap dengan pen dan kertas di tangan sebab aku tahu soalan yang wajib di tanya oleh mereka ialah siapa nama??? Daripada kelas mana?? Kenapa lambat????..kenapa lambat sebab aku bangun lambat la..apa lagi???? Aiya…
“aik, belum tanya dah jawab?”, soal salah seorang pengawas yang sedang menjalankan tugas mereka pagi itu sambil tersengih-sengih.
“biasa la bang. Bangun lambat”, jawabku sambil tersenyum manis ke arahnya.
“ARRABELLA TIFFANI GRAZE!!!! Kamu jangan nak bagi nama-nama pelik lagi”, suara Cikgu Jefri kuat kedengaran.
opsss!!!!..ketahuan...Aku hanya tersengih-sengih macam beruk buat salah. Hadi yang sedang menulis namaku hanya tertawa kecil sambil mengeleng kepala.
“itu la..sapa suru kau lambat datang”, katanya kepadaku.
“ni gara-gara kau la. kalau bukan sebab ajak aku tengok perlawanan bola semalam takde la aku bangun lambat macam hari ni”, bentak aku geram.
“apa alasan kamu lagi ni Arra”, soal Cikgu Jefri yang datang ke arah kami.
“ala cikgu. Bukannya selalu saya lambat datang. Sebelum ni sayalah orang pertama terpacak kat pintu hikmah ni”, jawabku selamba.
“itu cikgu tahu. Tapi kamu kan salah seorang badan disiplin sekolah. Kamu yang perlu tahan pelajar lewat bukan kamu yang kena tahan awal-awal pagi macamni sebab lewat. Kawan kamu sendiri yang kena tahan kamu kat depan gate ni. Tak ker malu badan disiplin sekolah. Cubalah tunjukkan tauladan yang baik sikit kat adik-adik junior kamu. Bla..bla..bla..”. Ceramah Cikgu Jefri sudah bermula dan seperti selalu dia susah untuk berhenti bercakap bila sudah mukadimah dia macam sekarang ni. Wahai telinga, kau tahan je la ya. Bisik hati kecilku. Secara tidak sengaja aku ternampak Hadi memberikan aku thumb up sambil menjelirkan lidah ke arah aku..Aku mengetap bibir. Geram!!!!kurang asam betul punya kawan!!!! Takpe ada ubi ada batas..gara-gara kau. aku kena demerit hari ni.
           
Untuk pengetahuan semua nama aku aku Arrabella Tiffani Graze. Walaupun nama aku pelik daripada orang lain tapi aku dengan bangganya menyatakan di sini bahawa aku adalah seorang islam yang sejati…chewahhh. “Graze” tu nama keluarga aku. My Grandfather from my father side yang convert into muslim. So, untie, uncle dan sepupu dua kali aku semuanya Christian RC (romance catholic). Tapi, kami tetap aman dan damai tanpa perselisihan faham. Masing-masing menghormati pegangan agama masing-masing. 1 Malaysia la katakan..hihihi..kadang kala aku jeles juga dengan kawan-kawan aku sebab nama mereka ada maksud dalam islam sedangkan aku????. Entahlah. Dah ketentuan dari azali nama aku macamni. Terima jer la. Lagipun, papa kata namaku arwah atuk yang bagi.

dan mamat yang tahan aku depan pintu pagar ni ialah Hadi Fairuddie yang merupakan teman rapatku sejak kecil dan kami membesar bersama-sama. Mama dan papa aku memang teman rapat dengan daddy dan mummy dia sejak mereka sekolah lagi. Dan persahabatan itu masih kekal sehingga sekarang dan menjalar ke dalam diri kami berdua. Sejak masuk tadika, aku dan dia ni sentiasa berada di dalam kelas yang sama sehinggalah sekarang. Nak kata boring, memang boring sebab asyik muka dia jer yang aku lihat. Tak berkembang langsung otak aku ni. Selain dia, aku juga ada Jason, Riyan, Clark, dan Haffie sebagai sahabat sehidup sematiku. Semua orang ingat aku tomboi sebab kelima-lima kawan karibku adalah lelaki. Aku bukannya apa. Aku lebih suka berkawan dengan mereka sebab mereka ni setia kawan dan aku bukannya jenis suka bergosip. Sebab tu la aku tak boleh masuk dengan kaum perempuan. Tapi, aku wanita sejati ok!! wanita?? ops, gadis sejati..baru betul...hihihi... 

 *******************************************************************

“Ra!!!,” aku mempercepatkan langkahku sepantas yang mungkin. Aku masih sakit hati dengan apa yang berlaku pagi tadi. Namun, langkahku terhenti apabila aku terasa lenganku di tarik ke belakang. Sakit siotttt!!!!
“lepaslah bangang..sakit tau. Ingat sedap ker kau tarik-tarik aku macamni”, marahku geram. Seriously, aku rasa nak bom ja budak seekor kat depan aku ni.
“penat aku panggil kau dari tadi tau. Yang kau jalan cepat sangat ni kenapa? Masa rehat banyak lagi la, masa untuk kita bertugas belum mula lagi,” Hadi kelihatan termegah-megah sambil memegang lenganku kejap.
Aku melihat jam di tangan. Baru 10.05 pagi. Ada 15 minit lagi sebelum pelajar-pelajar lain turun rehat. Keistimewaannya menjadi pengawas sekolah kat sekolah ni ialah kami dapat masa rehat 20 minit lebih awal kerana kami perlu menjalankan tugas semasa pelajar-pelajar lain menikmati masa rehat mereka.
“kau marah aku ker?”, soalnya lagi. buat-buat tak faham pula mala'un ni..
“takde la..aku geram jer sampai nak cekik-cekik je tengkuk kau tu”, jawabku geram.
“kalau pasal peristiwa pagi tadi. Aku minta maaf lah. Aku bukannya sengaja. Maafkan aku ek. Sorry sangat-sangat”, rayunya.
“sorry naik lori lah. Kau tahu tak….” Belum sempat aku menghabiskan ayatku dia menyampuk.
“tak tahu,”dia ketawa kuat.
“Ya Allah!!!! Berikanlah aku kekuatan untuk tidak membunuh mala’un kat depan aku ni”, Doaku kuat. Bengang dengan perangainya.
Terburai tawanya mendengar doaku sebentar tadi. Mataku tajam memandang ke wajahnya. Geram tahap cipan dah aku dengan dia ni. Dah la kes pagi tadi belum reda di dalam hati kecilku ini. Dia tambahkan lagi.
“malaslah aku nak layan perangai tak betul kau ni..arggggghhh!!”, jeritku lantas meninggalkannya menuju ke kantin sekolah.
“Ra!!!tunggulah aku. Aku nak makan dengan kau”, jeritnya sambil mengejarku langkahku. Ahhh!!! Lantak kau la Dy. Malas aku nak layan otak mereng kau.